Monday, February 1, 2010

bulan...

aku melihat ke lagit barat
bintang-bintang yang beribu
lalu terdetik ingin kupilih
satu
agar bisa menjadi teman
agar bisa dibawa kemana
agar tidak lagi sendiri

ya,
bintag itu muncul
kerlipan yang indah...
aku berangan seolah ia milikku..
seolah-olah ia memanggil aku

Tidak...
bintang itu hanya dengan satu kerlipan indah
dan tiba-tiba hilang tah kemana
ya, jangan tanya aku kemana ia
kemana bintang yang kononnya indah
yang dongengnya milikku

aku hampa
sekali lagi bersendiri
dengan angan-angan
dengan langit hitam

yakin akan janjiNya
jodoh pasti dalam aturanNya

aku alih untuk memandang timur

wah
mengapa bodoh sungguh aku
yang hanya melihat ke barat,
bukan payah untuk memndang timur...

Dia kurniakan aku bulan
bulan yang sungguh indah...
kali ini, bulan purnama

pernah kau lihat??
pernah ia muncul??
jika Ya,
pasti kau akan bercerita tentang indahnya
Bulan ciptaanNya

Tuhan,
bulan ini Kau hadiahkan buatku
akan aku
mengerah kuderat ini
untuk aku
tidak sama sekali melepaskan

Sang bulan...

Monday, January 25, 2010

PELANGI Kinabalu

saat-saat kepayahan yang membuat aku hampir berpatah balik
keletihan yang tiada penghujungnya
seolah-olah aku perlu berlari yang tiada henti..

letih
sungguh letih

tapi,
apabila di puncak itu
Allah kurniakan aku
sebuah pelangi yang indah
yang warnanya sungguh menyejukkan mataku
yang gambarnya menenangkan jiwaku

Pelangi itu mengajak aku
untuk menngelungsur ke bawah kinabalu

sungguh indah permainan ini

tiba dibawah,
aku daki semula kinabalu itu
walaupon ia sungguh-sungguh mengambil tenagaku

kerana

aku mahu terus bersama
Pelanagiku
yang dikurniakanNya buatku

lencana kali ini..

Tuesday, January 5, 2010

Thursday, December 31, 2009

Selamat 2010




sememangnya mudah untuk membuat keputusan
sekadar menjawab Ya atau Tidak..
Ya, semudah itu..
Tidak, bukan susah membuat keputusan..

kali ini,
keputusan yang dibuat adalah menyakitkan..
entahlah, dulunya seolah seronok dengan keputusan itu..
tapi,
bila sudah keputusan dibuat,
sepanjang malam memikirkan perkara itu..

BODOH!!

manusia sungguh gemar menggunakan akal fikiran
tidak salah tentang itu
yang salah adalah
apabila dengan sengaja tidak meletakkan sandaran hanya kepadaNYA

kali ini,
biarlah dengan penderitaan ini
sebagai pengajaran kerana

BODOH!!

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

solat istikharah bukan sekadar untuk engkau berkahwin
pabila dalam keraguan tentang apa saja,
kembalilah kepada Allah

insyaALLAH keputusan yang bersandarkan iman,
akan menenagkanmu

Wednesday, December 30, 2009

Monday, December 21, 2009

Di klinik

osman ke klinik kerana demam. setelah nombor dipanggil, osman terus ke bilik doktor.

"mmm...." 'doktor' seolah-olah pelik melihat osman.

"saya kurang sihat, pening-pening" kata osman.

"aaaa....."'doktor' bertambah pelik.

"entahlah doktor, saya pon tak tau kenapa pening ni..." osman tetap memberitahu doktor...

"maaf, sebenarnya saya bukan doktor...saya adik doktor, doktor ke tandas...." 'doktor' tadi menjawab.

-sekian-

Pingat Maal Hijrah kebangsaan di tarik semula...

PUTRAJAYA 21 Dis – Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan bagi tahun 1431 Hijrah, Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi KECEWA kerana ada pihak yang menjadikan pertemuan beliau dengan TG Abdul Hadi Awang sebagai alasan untuk menarik semula gelaran Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan.







hehehe.... apa-apa la labu...:)

buku dan tiada kata

sengaja aku biarkan buku itu tanpa kata-kata
sengaja aku biarkan buku itu bersih dari pena

kerana,
kadang-kadang kata yang pahit
adalah sebuah hadiah

kerana
selalunya kata yang manis
adalah kepada musibah

============================================
Indah sinar sang suria
Merdu irama sang bayu
Tiada seindah wajahmu
Tiada semerdu suara mu

Lembut bayu membelai
Merdu burung berlagu
Tiada selembut belaianmu
Tiada semerdu kau berlagu

Keindahan wajahmu jadi sumber ilhamku
Suara mu yang merdu menghiburkan hatiku

Bertambah cahaya hidupku
Kau janji bersumpah setia
Walaupun ribut melanda kan bersama

Selagi masih ada sinaran mentari
Selagi ada getar di jiwaku
Kan ku korban jiwa raga
Demi cinta untukmu bunga angkasa

Wednesday, December 9, 2009

dinar

Friday, December 4, 2009

harga emas...



sebulan yang dulu, ku beli dengan harga rm499sedinar..
kini, jika aku jual, aku dapat, rm506sedinar...

hmmm....aku perlu lagi 8dinar...

Tuesday, December 1, 2009

tunggu



bingung...
tak pernah jadi sebegini

diam
tidak berkata apa

tunggu
hanya menunggu

kenapa??
mungkinkah ada sesuatu??
apa ya??

Sunday, November 29, 2009




Di suatu petang dia berasa kelainan. Entah apa yang lain, tapi memang sungguh membingungkan.
Terus dia melayangkan fikiran kearah itu.
Jauh dia pergi, akhirnya ketemu jawapan.

Dia sudah bosan keseorangan.
Sungguh kontra dengan dia yang lama.
Dulunya gemar dia berseorangan. Kini sungguh berbeza. Dia bingung kerana keseorangan.

Telah dia cuba untuk terus membawa diri keseorangan, tapi bukan lagi seperti dulu.
Jika dulu, seorang diri membuat dia tenang, kini tidak lagi.
Dia bingung.
Sungguh bingung.

Thursday, November 26, 2009

team hoki staff

siang sebelum ke stadium bukit jalil


Monday, November 23, 2009

kambing...

sebelum ni teringin nak jumpa kambing...
dapat juga diinjit kambing tu... bagi vitamin
ada reski, ble jadi penternak nanti ye...

Wednesday, October 28, 2009

tahniah buat kalian



tahniah buat kalian
mereka tidak tahu akan ini

yang mereka tahu, kita mungkin sedang bemasam muka
ya, mungkin ada yang ingin itu, ada yang tak ingin itu..

tahniah buat kalian...
kalau dulunya, agak payah untuk memangil mereka menghadiri
program sebegini...
program kita berkumpul untuk berukhwah...

kali ini, aku pasti mereka pasti akan datang
beramai-ramai...

tahniah buat kalian

Tuesday, October 20, 2009

sanah hilwah



salam hari lahir buat Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Thursday, October 15, 2009

Jom Skate!!!


"Lan, jom skate kat kangar..."

tersembur air yang lan sedang minum. terkejut dengan ajakan Fateh. Fateh yang siap berkasut dan memegang papan selaju, difikirkan hendak ke jitra dan ke alor setar, alih-alih, dia pula yang diajak untuk menolak papan selaju..

"awat ngan hang nie??? bukan ke hang nak skate kat Jitra, pastu nak pi jumpa buah hati di Shahab??" keluh lan..

"hang nak ikut ke tak nak ni?? aku blanja skali RCH..nak tak??" Fateh dengan gembira mengajak lan.

"takda la,camna pula tiba-tiba ble tukar plan?? abih tu tunang hang camna???" lan pelik dengan kawannya.

"la, hang tak ingat ka kuliah ustaz azhar idrus... tak tunang lagi, jumpa pon takble.. da tunang, nak jumpa kena ada mahram...da kawen baru ble suka ati kita...dah2 jom... aku tak set lagi pon dengan Alba.." fateh lega, rahmat dari 'usrah' membuka hati yang lena...


"ok,ok, jom skate!!!

Wednesday, October 7, 2009

Raihan:ya rasulullah

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajah mu
Kan pasti mengalir airmataku
Kerna pancaran ketenanganmu

Alangkah indahnya hidup ini
Andaidapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan
Dalam diriku
Untuk menjejak langkahmu

Ya rasulullah ya habibaallah
Tak pernah ku tatap wajah mu
Ya rasulullah ya habibaallah
Kami rindu padamu

Allahumma solli ala Muhammad
Ya robbii salli alaihi wassalim
Allahumma solli ala Muhammad
Ya robbii salli alaihi wassalim

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat ku dakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya tuhan saja yang tahu
Ya rasulullah ya habibaallah
Tak pernah ku tatap wajah mu
Ya rasulullah ya habibaallah
Kami rindu padamu


Ku tahu cintamu kepada ummat
Ummat ummati
Ku tahu bimbangmu tentang kami
Syafaaatkan kami

Monday, October 5, 2009

inilah tongkangnya